Pedofilia | Lelaki ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

2022-12-15 0

Seorang lelaki ditahan di Klang, Selangor, kerana disyaki memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada Selasa lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.